Bermula pada tahun 2021, sukacita dimaklumkan bahawa Smart Tahfiz Masjid Unisel mengadakan Program baharu untuk pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di seluruh Malaysia bagi menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Program yang dijalankan mempunyai dua pilihan mod pembelajaran iaitu secara bersemuka dalam kelas dan secara atas talian.
PROGRAM PRA ASASI
Program Pra Asasi adalah pembelajaran selama 2 tahun dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5 melalui silibus KSSM terbaru.
Program ini memberikan pilihan aliran kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah di Universiti.
Aliran yang ditawarkan oleh Smart Tahfiz adalah aliran Sains Tulen, Agama, Perniagaan, Perakaunan dan Sains Kejuruteraan.
Pelajar berlajar secara bersemuka di dalam kelas mengikut pilihan aliran yang dipilih dari 7.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Pelajar juga di bimbing oleh penanda dan penggubal soalan SPM semasa kem pecutan SPM.
PROGRAM E-FAST TRACK
Program e-fast trak adalah pembelajaran secara atas talian selama 10 bulan berdasarkan modul yang dirangka mengikut KSSM terbaru.
Program ini berbeza daripada Pra asasi kerana tiada pilihan aliran dan hanya tertumpu kepada subjek teras SPM.
Pelajar juga di bimbing oleh penanda dan penggubal soalan SPM semasa kem pecutan SPM.