:
PENGENALAN


Smart Tahfiz Masjid UNISEL adalah sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Masjid UNISEL bagi melaksanakan program khas Fast Track SPM pelajar – pelajar tahfiz lepasan institusi tahfiz seluruh negara yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini akan membolehkan mereka melanjutkan pendidikan di institusi pendidikan Tinggi. Mereka akan belajar dan menduduki peperiksaan SPM di Smart Tahfiz Masjid UNISEL sambil meneruskan program hafazan mereka seperti biasa. Smart Tahfiz Masjid UNISEL telah didaftarkan sebagai insitusi pendidikan swasta di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Lembaga Pengelola Smart Tahfiz Masjid UNISEL telah mengadakan MoU khas dengan pengurusan UNISEL untuk menjalankan program ini sebagai salah satu aktiviti Masjid. Smart Tahfiz Masjid UNISEL mendapat kebenaran untuk beroperasi di bangunan TASKA di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS) sebagai tempat belajar dan dua blok bangunan Asrama lelaki untuk penginapan pelajar