


Bermula pada tahun 2021, sukacita dimaklumkan bahawa Smart Tahfiz Masjid Unisel mengadakan Program baharu untuk pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di seluruh Malaysia bagi menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Program yang dijalankan mempunyai dua pilihan mod pembelajaran iaitu secara bersemuka dalam kelas dan secara atas talian.
Program Pra Asasi adalah pembelajaran selama 2 tahun dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5 melalui silibus KSSM terbaru.
Program ini memberikan pilihan aliran kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah di Universiti.
Aliran yang ditawarkan oleh Smart Tahfiz adalah aliran Sains Tulen, Agama, Perniagaan, Perakaunan dan Sains Kejuruteraan.
Pelajar berlajar secara bersemuka di dalam kelas mengikut pilihan aliran yang dipilih dari 7.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Pelajar juga di bimbing oleh penanda dan penggubal soalan SPM semasa kem pecutan SPM.
Program e-fast trak adalah pembelajaran secara atas talian selama 10 bulan berdasarkan modul yang dirangka mengikut KSSM terbaru.
Program ini berbeza daripada Pra asasi kerana tiada pilihan aliran dan hanya tertumpu kepada subjek teras SPM.
Pelajar juga di bimbing oleh penanda dan penggubal soalan SPM semasa kem pecutan SPM.
Sebaik Sahaja pelajar mendaftarkan diri, semua Pelajar Fast Track SMART TAHFIZ MASJID UNISEL melalui proses pertama dunia fast track dgn melalui Program Jati Diri
Tujuan Program Jati Diri ini adalah
1. Mempersiapkan mental Dan fizikal utk persiapan SPM 2020.
2. Memberi motivasi pembelajaran
3. Pembangunan jiwa Dan kendiri peserta
4. Memperkenalkan modul fast track Smart Tahfiz
SELAMAT maju Jaya anak anak semua
SYABAS & TAHNIAH!! diucapkan kepada kontinjen Smart Tahfiz pada 19 Febuari 2020, bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor telah berlangsung pertandingan sukan peringkat daerah antara sekolah-sekolah tahfiz di bawah anjuran PITAS yang disertai oleh 10 buah sekolah tahfiz termasuk Smart Tahfiz.
Acara yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Bola Tampar, Badminton, Ping-pong dan Sepak Takraw. Smart Tahfiz telah menghantar kontinjen sukan untuk menyertai acara yang dipertandingkan dan secara keseluruhannya, Smart Tahfiz berjaya membawa pulang dua pingat perak daripada skuad bola tampar dan badminton manakala acara yang lain hanya berjaya di peringkat suku akhir.
Tahniah di ucapkan kepada guru-guru pengiring dan kontinjen Smart Tahfiz yang berusaha sedaya upaya dalam meraih kemenangan tanpa mengira penat lelah serta telah berkorban masa dan tenaga.
Hari sukan Smart tahfiz pada tahun 2020 berbeza dari tahun sebelumnya kerana pada tahun ini, acara balapan di pertandingkan pada tahun ini. Sistem mata digunakan bagi menentukan johan rumah sukan, 3 mata akan diperolehi setiap acara sukan yang dimenangi oleh rumah sukan. Rumah sukan terdiri daripada Ibnu Sina, Abdul Rahman Auf, Al-Ghazali dan As-Syafie. Johan bagi hari sukan pada tahun ini adalah dimenangi rumah sukan Al-Ghazali dengan mata sebanyak 43, Naib Johan jatuh kepada rumah As-Syafie dengan pungutan mata 36 mata, seterusnya rumah Ibnu Sina dengan pungutan mata 31 mata dan tempat keempat rumah Abdul Rahman Auf dengan 20 mata.
Pihak Smart Tahfiz Masjid UNISEL, mengucapkan tahniah setingginya, kepada Muhammad Adam, kerana menghargai masa menunggu keputusan SPM dgn aktiviti yg bermanfaat, Dan mengharumkan Nama ibubapanya.
Semoga terus cemerlang
Amin
Alhamdulillah pada 11 Januari 2019, Jumaat berlangsungnya aktiviti tour kampus dan Sesi taklimat SmartTahfiz UNISEL, antara sesi tour termasuklah:
1. Masjid UNISEL
2. Pusat Islam
3. Perpustakaan
4. Kaunselor unisel.
Hujung minggu ini, pelajar ramai outing dan balik utk selesaikan isu ISU teknikal.
14 Januari 2019. Isnin akan bermulalah....., Sesi akademik sepenuhnya.
Aktiviti terakhir, Di KEM Bina Insan Smart Tahfiz Masjid UNISEL,Selepas ni mereka akan pulang, ke kampus Dan memulakan hidup sebagai pelajar sebenar.Semoga hasil KEM ini membuahkan hasil.