- Menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif serta proses tarbiyyah untuk pembentukan iman dan peribadi muslim sejati kepada pelajar- pelajar untuk menghadapi hidup yang sebenar.
- Memperkembangkan rohani, pemikiran, emosi dan fizikal selaras dengan tuntutan Islam supaya menjadi generasi yang teguh zahir dan batin serta tunduk patuh kepada perintah dan peraturan Ilahi.
- Menyediakan asas ketrampilan kemahiran (psikomotor) mengikut minat dan bakat bagi membolehkan dirinya nanti memilih sesuatu aliran pendidikan dan bakat yang sesuai.
- Menyediakan generasi muda hafiz yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, masyarakat, negara dan alam sekitar.
- Menjadi Masjid UNISEL sebagai Institusi terpercaya dalam mengurus dan membentuk Pelajar Tahfiz untuk disalurkan ke fakulti profesional khasnya di UNISEL
×