Menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif serta proses tarbiyyah untuk pembentukan iman dan peribadi muslim sejati kepada pelajar- pelajar untuk menghadapi hidup yang sebenar.
Memperkembangkan rohani, pemikiran, emosi dan fizikal selaras dengan tuntutan Islam supaya menjadi generasi yang teguh zahir dan batin serta tunduk patuh kepada perintah dan peraturan Ilahi.
Menyediakan asas ketrampilan kemahiran (psikomotor) mengikut minat dan bakat bagi membolehkan dirinya nanti memilih sesuatu aliran pendidikan dan bakat yang sesuai.
Menyediakan generasi muda hafiz yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, masyarakat, negara dan alam sekitar.
Menjadi Masjid UNISEL sebagai Institusi terpercaya dalam mengurus dan membentuk Pelajar Tahfiz untuk disalurkan ke fakulti profesional khasnya di UNISEL